Jangan Bermain Dengan Api



Aku memang cari pasal. Pernah tak kau orang dilarang untuk membuat sesuatu oleh seseorang, tapi sebab degil dan terjal kau orang buat juga? Membuat benda yang selalunya akan mendatangkan kesan buruk kalau dibuat juga? Kemudian orang yang melarang kau itu berkata "tu la..aku dah cakap jangan buat kau degil..padan la muka kau sekarang ni.."

Aku dihantui sesuatu sekarang. Sesuatu yang aku suka dan aku harap akan berlaku tapi pada zahirnya aku tak boleh biarkan ia terus berlaku. Malam tadi ia datang lagi kepadaku. Kali ini melalui mimpi. Sudah beberapa kali. Adakah ini satu petunjuk? Tapi tiada langsung penunjuk arah mana yang harus aku tuju. Jujurnya aku suka dan sentiasa mengharap akan didatangi mimpi2 sebegitu. Juga berharap mimpi tersebut akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tapi kewarasan dan rasional aku mengatakan perkara tersebut jangan dibiarkan berlaku. Kelak buruk akibatnya. Aku keliru dan buntu. Hatiku tak senang. Makanku tak kenyang. Mandiku tak basah. Tidurku tak lena.

Situasi aku sekarang 50-50. Aku menghadapi antara saat yang paling getir sepanjang hampir dua dekad kewujudan aku sebagai seorang manusia. Apa harus aku lakukan. Aku sekarang ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau dibiarkan saja diri sendiri pula yang mati. Mungkin salah aku juga. Menyesal aku berani2 bermain dengan api. Api kecil yang dulu aku permainkan kini menjadi semakin besar dan marak dan mula membakar diriku sendiri. Mujur masih belum hangus atau rentung. Adakah ruang lagi untuk aku memperbetulkan suasana? Sudah terlambatkah aku?

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian? Aku tak menyesal sebenarnya. Cuma hatiku mengatakan aku tidak boleh tidak menyesal. Aku suka. Tapi hatiku mengatakan aku tidak boleh suka. Aku mahu. Tapi hatiku mengatakan aku tidak boleh mahu. Mungkin aku perlu mencari seseorang yang aku benar2 boleh percaya dan menceritakan perihal sebenar. Tapi siapa?

Mereka Juga Punya Ibu


Bersempena dengan hari ibu yang disambut di seluruh dunia hari ini, hati aku tergerak untuk menulis sebuah post berkenaan hari ibu. Perasaan ini bermula semasa aku sedang study Mechatronics sendiri dalam bilik. Akibat tension yang melanda, aku membuat keputusan untuk keluar kejap menghirup angin malam.

Dalam perjalanan keluar, sempat aku singgah di pantri rumah melawat seekor ibu kucing dan anak2nya yang baru dilahirkan beberapa hari lepas. Lama aku duduk mencangkung di situ. Melihat si ibu sedang menyusukan 4 ekor anaknya. Seekor lagi tidak disusukan, mungkin kerana kedudukan anak yang seekor ini sedikit jauh daripada adik beradiknya yang lain. Kesian..

Kejadian seterusnya membuatkan hati aku tersentuh. Selesai menyusukan 4 ekor anaknya tadi, si ibu bingkas bangun, berjalan perlahan2, dan kembali baring berdekatan dengan lagi seekor anaknya yang belum disusukan tadi. Si anak yang seolah2 faham terus menyuakan mulutnya. Begitu adilnya si ibu membahagikan kasih sayang kepada anak2nya. Takkan dibiarkan walau seekor anaknya kelaparan. Kucing mengerti nilai kasih sayang.

Aku kembali ke bilik dengan niat untuk sambung study, tapi perihal si ibu kucing masih bermain dimindaku. Aku teringatkan beberapa hari lepas, juga semasa aku sedang study, sengaja aku biarkan pintu bilik terbuka sedikit bagi membolehkan pengaliran udara segar. Si ibu masuk dan bermain2 di dalam bilikku, aku biarkan saja. Beberapa minit selepas itu, si ibu mengiau dan terus mengiau. Mulanya aku diamkan saja, tapi bila lama2 semakin bising, baru aku perasan pintu bilik sudah tertutup, si ibu mengiau2 sambil mengintai2 dari celahan pintu bilik untuk mencari jalan keluar.

Rupanya si ibu sedang risaukan anak2nya di pantri. Sebaik aku membuka pintu, si ibu terus meluru keluar mendapatkan anak2nya. Dijilat2nya tubuh anak2nya, rindu barangkali. Subhanallah..Itu kucing ya.

Kepada ibu2 dan bakal2 ibu, sayangilah anak2 anda sebagaimana kucing ini menyayangi anak2nya. Dan kepada anak2, sayangi juga ibu anda, bersyukurlah kerana anda mempunyai ibu yang menjaga sejak dari dalam kandungan lagi sehingga sekarang. Terima kasih ibu.

Sekian.

ibu kucing yang aku maksudkan


Kopi dan Mak di hari raya

Kau Skandal


Jumaat, study week hampir sampai ke penghujung. Tapi malam ni aku masih tak study, sebaliknya aku rancak bergosip dengan seekor kucing. Bukan sembarangan kucing, tapi kucing yang pandai bercakap dan suka mengumpat. (jangan marah ya kucing). Bergosip tentang seseorang, tak perlu aku mention siapa. Cukuplah sekadar kau semua tahu aku memang tak suka dan banned ini orang.

Gosipnya bertajuk "Skandal", dan ceritanya begini..Si 'A' mempunyai balak dan Si 'B' mempunyai awek. Tapi atas dasar apa yang semua orang tak tahu, mereka menjalinkan perhubungan. Mereka saja yang tahu. Aku tertanya2 adakah sebab balak Si 'A' ini seorang loser dan membosankan? Ataupun mungkin sebab awek Si 'B' itu tak hot dan tak menawan? Boleh jadi juga Si 'A' suka Si 'B' sebab Si 'B' berpoket tebal? Tak pun Si 'B' suka Si 'A' sebab perwatakan Si 'A' yang sedikit menggedik2 (mungkin agak banyak juga)? Ataupun worst case scenario mereka berdua memang player yang suka flirt merata2? Aku putus asa berfikir. Bukanlah kehebatan aku untuk judge seseorang. Adalah baik bagi aku untuk berfikir tentang sesuatu benda yang lain.

Tapi aku masih tidak dapat lari dari persoalan sama. Kali ini minda aku cuba membuat perkaitan berkenaan kes di atas dengan satu lagi kes yang hampir serupa yang juga aku dengar melalui gosip. Kisahnya begini..Si 'C' mempunyai awek dan sangat sayang akan aweknya. Si 'D' mepunyai balak dan juga sangat sayang akan balaknya. Mereka saling mengenali. Dalam masa yang sama Si 'C' terasa bagai sedikit jatuh cinta dengan Si 'D'. Dan dia juga merasakan cintanya yang sedikit itu bagai ada balasannya dari Si 'D'. Tapi perhubungan mereka setakat di situ kerana masing2 tidak mahu memulakan langkah, mungkin kerana terfikir hubungan mereka dengan pasangan masing2. Almaklumlah masing2 sudah berpunya. Si 'C' kadangkala tertanya2 patutkah dia mengikuti jejak langkah Si 'A' dan Si 'B' lalu menjalinkan hubungan sulit dengan Si 'D'? Ataupun hanya membiarkan perasaannya itu berlalu pergi dengan sendiri?

Sedar tak sedar, karutan ini membuatkan aku semakin pening. Kenapalah manusia harus mempunyai perasaan sebegitu? Apa perlu aku lakukan jika kisah seumpama ini terjadi pada aku?

Hari ketujuh study week, ini yang aku dapat? Useless.

Sekian

Lelaki, Perempuan, dan Injection Molding

Sejak kebelakangan ni aku begitu tertarik setelah membaca blog kawan-kawanku. Secara lebih spesifik, blog yang aku maksudkan ialah Melastik Bintang dan In Case I Forgot (minta maaf ya kawan2 kalau ada kesilapan dalam ejaan nama blog anda.

Topiknya begitu hangat diperbahaskan oleh para pembaca termasuk penulis Kembara Kopi juga yang tidak ketinggalan untuk turut serta memberi feedback. Topik yang dimaksudkan banyak berkisar tentang lelaki dan perempuan dan apa lagi yang mampu mencipta connection antara dua makhluk ini jika bukan perhubungan, percintaan dan juga persahabatan.

OK. Beralih kepada topik sebenar Kembara Kopi kali ini, 'Injection Molding'. Apa itu injection molding? Bagi yang mengikuti jurusan kejuruteraan mekanikal seangkatan dengan penulis tentulah anda tahu bukan? Bagi yang tidak tahu apa itu injection molding, di sini penulis ada sediakan sedikit penerangan yang di-quote dari Encyclopedia Britannica,

"Injection molding, commonly employed in polymer processing, also is employed for advanced ceramics. In injection molding a ceramic mix is forced through a heated tubular barrel by action of a screw or plunger. The mix consists of ceramic powder plus a thermoplastic polymer that softens with heat. The heated barrel of the injection molding machine ensures that the mix will flow under pressure, and the screw or plunger forces the fluid mix into a cold die cavity, where the mass hardens to the shape specified by the cavity. Complex shapes can be achieved in injection molding. Outstanding examples are rotors for turbochargers and rotor blades and stator vanes for gas turbines, made from silicon carbide and silicon nitride."

Kenapa pula penulis ingin menulis tentang perkara teknikal sebegini? Pertamanya kerana penulis baru sahaja menyiapkan lab report berkaitan injection molding. Keduanya penulis merasakan ada sedikit kaitan antara injection molding dan juga perhubungan lelaki dan perempuan. Kaitan yang penulis maksudkan ialah kaitan dari segi konsep mencairkan dan membentuk mengikut acuan.

Dalam injection molding, produk dibentuk dengan menyuntik material yang telah dileburkan ke dalam acuan. Dalam perhubungan pula, sesorang akan bermula dengan mencairkan hati pasangannya dan cuba membentuk pasangannya megikut acuan yang diingininya. Tapi bukan semua ya! Penulis percaya hanya segelintir saja yang mengamalkan perkara sebegitu kepada pasangannya.

Dan pada yang segelintir tersebut, hentikanlah berbuat demikian. Kerana manusia bukan seperti polymer atau apa2 jua material yang digunakan untuk injection molding. Manusia miliki hati dan perasaan. Jangan pula asyik complain kepadanya kerana si dia bukan seperti si dia yang kamu mahukan. Terimalah si dia kerana si dia adalah dia. Yang terbaik ialah renungi dan fikirkan kelemahan diri sendiri dan cuba untuk memperbaikinya.

Sekian.
Labels: 5 comments | edit post

Black, Kicap, Tiram, Kopi dan Locker : Part 2

Disebabkan sudah ada yang bertanya, maka bermulalah kisahnya..

* * *

Setahun telah berlalu. Pelajar baru yang diberi nama 'Kopi' itu bukan lagi pelajar baru. Dia kini telah menjadi senior. Bukan senior biasa, tetapi senior yang agak berpengaruh dan dihormati senior2 lain. Dia kini memegang jawatan sebagai pengawas sekolah, penolong ketua asrama, dan juga ketua dorm tempat dia menginap. Bukannya tamak ataupun gilakan kuasa, hanya memikul amanah dan kepercayaan yang diberi dengan ikhlas.

Hari itu 14/2/2005 tarikhnya. Hari pendaftaran pelajar2 baru. Hari yang ditunggu2 oleh Kopi. Malangnya dia tidak dapat membantu dalam sesi pendaftaran dan orientasi pelajar baru hari tersebut kerana sibuk menjalani latihan bersama skuad bola tampar sekolah yang akan menghadapi kejohanan tidak lama lagi. Kopi tidak sabar untuk pulang ke dorm untuk bertemu junior2nya.

6.45 petang hari yang sama, Kopi pulang. Moodnya yang sedang baik ketika tiba2 tersentap dek mendengar kan satu khabar yang langsung tidak disangkanya akan berlaku pada hari pendaftaran pelajar baru..

Senior dorm sebelah : Kopi ada benda aku nk cakap ni..
Kopi : hah..amende?
Senior dorm sebelah : Tadi..aku nampak junior baru dorm kau hisap rokok dalam loker.
Kopi : Isy..kau biar betul nih?
Senior dorm sebelah : Betul la..waktu tu dorm kau tak ada orang langsung. Habis tu macam mana ni?
Kopi : tak apa nanti aku settlekan. Yang mana satu
budak tu?

Senior dorm sebelah yang bernama Nemo tersebut lantas menunjukkan junior yang dimaksudkan. Kopi masih tenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru. Malam tersebut berlalu seperti malam2 biasa dalam kehidupan Kopi sehinggalah..

Jam 2.30 pagi hari yang sama. Bertempat di dorm V-3. Pelajar baru tersebut dikejutkan oleh Kopi dan beberapa senior2 lain..

Kopi : Apa nama kau?
Pelajar baru : Syafiq bang..
Kopi : Apa yang kau dah buat salah hari ni?
Pelajar baru : hah? x ada apa2 bang..kenapa ni?
Senior1 : tak payah la nak tipu lagi. kau tu da buat salah, takkan nak tambah kesalahan menipu lagi pulak..(dengan suara yang agak tinggi)
Kopi : mengaku aje, kami semua dah tau, cuma nak kau mengaku je..
Pelajar baru : Mintak maaf bang, saya memang ada hisap rokok tadi..dah tak ta..

Belum sempat pelajar baru tersebut menghabiskan kata2nya, sebuah flying kick hinggap di perutnya, datangnya dari seorang senior yang entah dari mana munculnya. Pelajar baru tersebut tersungkur seakan-akan bersujud menahan senak di perut.

Kopi menepuk dahi. Hatinya berkata "dah agak dah benda macam ni akan jadi..". Lantas dia berkata sesuatu kepada rakan senior yang berhampiran dengannya, "jangan lebih2 sangat tau." Perkara tersebut berlanjutan selama beberapa minit. Kopi hanya memerhatikan, tidak berniat langsung untuk turut serta. Selepas beberapa minit..

Kopi : Mintak maaf pasal tadi. Kami bukan saja2, kami buat sebab sayang. Apasal kau hisap rokok tadi?
Pelajar baru : Mintak maaf bang..dah tahan sangat tadi.
Senior2: Kau ni baru 1st day dah berani buat pasal!
Kopi : Kau hisap rokok kat mana tadi? Aku dengar cerita kau hisap dalam loker..Betul ke? Tak ada tempat lain ke?
Pelajar baru : Betul bang, saya hisap dalam loker sebab taknak bagi orang lain nampak.
Senior2 lain : (Gelak)
Senior1 : tapi ada orang nampak jugak..
Senior2 : Aku rasa cerita kau ni la paling lawak sekali untuk hari ni..haha
Kopi : haha..haih..Syafiq2...di sebabkan kau hisap rokok dalam loker petang tadi, aku bagi kau nama Loker la..haha Dan semua budak sekolah ni kena panggil kau Loker mulai sekarang. Paham?
Pelajar baru : hah??
Senior2 lain : (gelak)
Kopi : Ok Loker, kau boleh sambung tido sekarang. Tapi sebelum tu tolong kejut budak baru yang tidur katil sebelah katil kau tu. Gudnite~

Maka tamatlah kisah. Tiba2 Kopi terfikir sejenak. "Nasib baiklah kau hisap rokok dalam loker..Kalaulah kau kantoi hisap rokok dalam tandas ke dalam semak ke..tak ke lagi pelik nama yang ko akan dapat.."

Memang budaya sekolah berasrama tersebut di mana setiap pelajar lelaki baru akan diberi nick name yang berkaitan dengannya oleh senior2 dorm tempat dia menginap. Sebagai contoh nama Kopi diberi sebab dia berkulit gelap, nama Loker diberi sebab menghisap rokok di dalam loker, nama Nemo diberi sebab bermuka jambu seperti watak ikan dalam filem Finding Nemo dan banyak lagi nama2 pelik yang dirasakan tak perlulah didedahkan di sini. Jadi kepada pelajar yang ingin mendaftar di sekolah berasrama terbabit, berdoalah supaya senior2 dorm anda baik hati orangnya.

Sekian.

Labels: 5 comments | edit post

Bacalah : Jika Anda Gemar Berkaraoke

Pertandingan nyanyian akan dilangsungkan beberapa bulan lagi. Hanya yang terbaik boleh menyertainya. Dan hanya yang terbaik dari yang terbaik mampu memenanginya. Seorang guru nyanyian memulakan langkahnya. Tetapi untuk menyertainya sudah terlambat kerana usianya telah melangkaui had usia maksimum yang ditetapkan penganjur.

Guru nyanyian tersebut tetap tidak berputus asa. Pada fikirannya seseorang yang layak mestilah mewakilinya. Ya, beliau mahu mencari seorang anak murid untuk mewakilinya dan beliau akan menjadi mentornya. Jika anak muridnya menang, tentulah ada habuan untuknya juga.

Guru nyanyian tersebut mula melancarkan promosi. Beliau mendapat bantuan dari sebuah stesen televisyen terkemuka untuk membuat iklan.

Di dalam iklannya, beliau dengan nada yang sedikit sombong dan perwatakannya yang sedikit bajet macho berkata..

"Mahu menjadi anak murid saya?
Bukan mudah..

Anda mestilah..
Berperwatakan menarik!
Jika anda mempunyai bakat nyanyian dan tarian seperti Justin Timberlake,
Tampil bertemu dengan saya!

TAPI KALAU NYANYIAN ANDA STANDARD KARAOKE,
TAK PAYAHLAH BUANG MASA ANDA,
TAK PAYAHLAH SUSAH2KAN ANDA BERATUR PANJANG.."

* * *

Cerita tamat. Sama2lah kita tunggu dan lihat sama ada guru nyanyian tersebut dan bakal anak muridnya mampu memenangi pertandingan tersebut ataupun tidak. Jangan cakap saja berapi, persembahan tak seberapa sudahlah. Itu sembang lebat macam kuda namanya.

Moral cerita di atas pada pandangan penulis:
Janganlah kita sesekali merendah-rendahkan kemampuan insan lain. Walau insan berkenaan tidak mempunyai kemampuan sekalipun, semua insan di dunia mempunyai hak dan tidak patut diperlekehkan sebegitu sahaja.

Semua insan mempunyai hati dan perasaan. Atas dasar hormat, jagalah hati dan perasaan insan lain sebagaimana anda mahu insan lain berbuat demikian terhadap anda. Sesungguhnya ia akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup sejagat.

Sekian.
Labels: 0 comments | edit post

Black, Kicap, Tiram, Kopi dan Locker : Part 1

Hari itu hari Isnin. Hari pendaftaran pelajar2 baru di sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air. Pendaftaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah bagi salah seorang pelajar baru yang juga berasal dari selatan tanah air. Sehinggalah...

Jam 2.30 pagi hari yang sama. Bertempat di dorm V-3. Pelajar baru tersebut dikejutkan oleh abang2 seniornya..

Pelajar baru : Ada apa ni bang?
Senior1 : Sesi suai kenal. Jangan takut. Kami tak buat apa2.
Senior2 : Apa nama kau?
Pelajar baru : Saiful bang..
Senior1 : Oo..Saiful. Nama aku Edi ketua dorm ni, yang tu Balut, yang tu Tompek, tu Akong, tu Pei-hwa dan yang tengah tidur tu Gegat.
Pelajar baru : Apasal pelik2 je nama abang2 ni?
Senior2 : Eh kau ni jangan banyak2 tanya pulak..
Senior1 : First sekali aku ucapkan selamat datang ke sekolah baru ni. Macam biasa la, kalau nak duduk asrama dengan selamat mestilah kena ikut peraturan dan pantang larang kan.
Senior2 : Ok, sekarang kitaorang akan bagitau peraturan2 duduk kat sini. Dengar baik2 tau!

Senior2 tersebut menerangkan Do's and Dont's kat asrama tersebut kepada pelajar baru itu satu persatu. Pelajar baru yang masih terpinga2 kerana dikejutkan di tengah2 malam tersebut mendengar dengan penuh kekhusyukan.

Senior1 : Oi Saiful, aku rasa nama kau tak sedap la.
Senior2 : Betul3! apa kata kami bagi kau nama baru. Nak tak?
Pelajar baru : Perlu ke bang? Panggil Saiful ke Epul ke tak boleh ke?
Senior1 : Eh banyak pulak soal kau ni. Kitorang nak bagi nama yang paling sesuai kat kau. Bila kita sebut nama tu, semua dapat bayangkan kau ni macam mana orangnya.
Pelajar baru : contohnya bang?
Senior1 : Contohnya Black! sesuai kan? muka kau pon nampak ganaz, hitam pulak tu.
Senior3 : Eh xboleh2. Tadi baru senior dorm bawah bagitau dia bagi junior nama Black. Tak cara la nama sama2.
Senior1 : Kalau gitu aku bagi nama kau Kicap la. Hitam jugak..
Senior2 : Tak bolek jugak. Bukan ke nama ketua pengawas kita pon Kicap jugak..
Pelajar baru : ??
Senior1 : Habis tu nak bagi nama apa ni? Cuba korang fikir apa benda lagi yang hitam kat dalam dunia ni?
Senior3 : Haa..apa kata Sos Tiram? eh panjang sangat pulak..Tiram je la..amacam?
Senior1 : Hurm..tak tahu la nak cakap macam mana, tapi aku rasa nama Tiram tu langsung xsedap la. xnak la aku bagi nama xsedap kat junior dorm aku.
Senior2 : Kalo gitu panggil kau Kopi la! Hitam pon hitam. Ganas pon ganas. Paling seswai la!
Senior1 : Nice one la! Ok lah saiful, di sebabkan kau hitam, aku bagi kau nama Kopi dan semua budak sekolah ni kena panggil kau Kopi mulai sekarang. Paham?
Pelajar baru : ?? (masih xfaham)
Senior1 : Ok Kopi, kau boleh sambung tido sekarang. Tapi sebelum tu tolong kejut budak baru yang tidur katil sebelah katil kau tu. Gudnite~

Maka berakhirlah sesi suai kenal bagi pelajar baru yang kini dikenali sebagai Kopi tersebut. Mulai saat itu, semua kawan2 sesekolah memanggil dia dengan nama Kopi sehingga ada yang tak tahu nama dia sebenarnya..

Berakhir kisah Black, Kicap, Tiram, dan Kopi. Tapi apa kena mengenanya pula dengan Locker? Nantikan sambungannya..Sekian.
Labels: 3 comments | edit post